Pages

Wednesday, June 29, 2011

3 cerita menarik

CERITA 1

rm1.jpg
rm5.jpg
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..

CERITA 2
cow1.gif
yellowdog.gif
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

CERiTA 3
tembikai.JPG
Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Hanya Ingin Mengingatkan ….
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

Untukmu Teman




Ya Allahu ya Rabbi…
Tiada kata yang dapat hamba luahkan..
Tiada kata yang dapat hamba ucapkan…
Tiada madah bicara yang dapat diungkap…
Melainkan kata ampunan dariMu…


Ya Tuhan…
Ampunilah hamba..
Kerana terlalu banyak kesilapan dan dosa yang dilakukan..
Tanpa sedar hamba telah melukakan hati seorang insan…
Tanpa sedar hamba telah mengecewakannya dengan sikap hamba..
Sedang dia terlalu menyayangi hamba, setulus hatinya keranaMu..


Temanku yang amat ku kasihi kerana Allah..
Sesungguhnya ku memohon kemaafan untuk segalanya..
Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan padamu Teman..
sehingga merasa diri tidak pantas untuk kau sayangi lagi…
Ketahuilah...
Meskipun tidak termampu untukku luah dengan kata-kata..
Tetapi hanya DIA yang amat Mengetahui apa yang tersurat
Dan rasa yang tersembunyi di hati ini…


Teman…
Diri bertekad ingin sentiasa membahagiakanmu..
Namun tanpa sedar ku telah banyak melukaimu..
Sayangku padamu, ingin ku bawa hingga ke syurga..
Begitu tinggi cita-cita yang didamba..
Tetapi tidak sedar diri terlalu doif dan hina...


Ya Allah..
Dengarilah permintaan hamba ini…
Dalam esak tangis hamba memohon..
Biarpun dibelit dosa masih ingin meminta..
Dengan alunan doa robitah tulus ikhlas ku bisikkan..


“Sesungguhnya ku amat menyayangi dirinya keranaMu Ya Allah..
Peliharalah ukhuwah kami ini dalam rahmat kasihMu..
Ku tidak kan terdaya menempuh semua ujian…
Andai bukan Engkau yang menguatkan...
Teguhkanlah, semoga kasih ini terus bersemi..
Kerana hanya REDHA-MU didamba..
Me
lalui ‘ukhuwah fillah’ hingga ke syurga...amin”

Tuesday, June 28, 2011

Ya Allah


Ya ALLAH...
Tetapkan hati ini agar dijalan-MU..

Ya ALLAH...
Jangan biarkan hati ini terus tenggelam dengan ombak KECEWA..

Ya ALLAH...
Hadirkan secebis kekuatan pada sekeping hati ini...

Ya ALLAH...
Pimpinlah hati ini dari dibelenggu rasa gundah gulana..

Ya ALLAH...
Hanyutkan airmata yang mengalir ini pergi jauh...

Ya ALLAH..
Terbangkan rasa tangis ini...

Ya ALLAH...
Teguhkan jiwa ini agar tetap dengan cinta-MU..
....Duhai hati..ingatlah,tiada duka yang abadi di dunia....
ALLAH tau apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA..
ALLAH tau tiap apa yang DIA tentukan..
ALLAH tau apa yang seharusnya kita dapat..

Hati..Terus tenang dengan mencintai DIA..
Hanya cintakan DIA..bukan "dia"..
Ya ALLAH..kirimkan kekuatan pada sekujur tubuh kecil ini..
Jangan di uji lagi hati ini dengan "itu"...

Moga diri ini terus tabah menghadapi segala yang bakal tiba..
Moga hari esok adalah yang paling bahagia buat diri ini..
Tak diharap pelangi yang indah,cukup sekadar hadir langit yang cerah..

Wednesday, June 22, 2011

Rama-Rama & Wanita




Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

*********************************************************************
P/s : Peringatan untuk diri sendiri dan manfaat bersama..

NAMAMU SAHABAT

Namamu SAHABAT

Indah bahasa pada nahunya,
Indah rupa pada wajahnya,
Indah akhlak pada perwatakannya,
Indah sahabat pada sifat-sifatnya.

Sahabat,
Takkala kesedihan, kau pengubat kegembiraan,
Dikala peperiksaan, kau datang melupakan kegelisahan,
Ketika keriangan, kau menutup segala kelemahan.

Sahabat,
Aku tahu kau dalam kesusahan,
Namun, kau tetap tersenyum,
Bagaikan tiada masalah yang perlu difikirkan,
Sedangkan kau menanggung banyak penderitaan.

Sahabat,
Kau bagai cerminan dalam kegelapan,
Menyuluh jalan kearah kebaikan,
Memberi kesedaran ketika dalam kealpaan.

Sahabat,
Tiada apa yang mampu kuberikan,
Melainkan sebuah kejujuran dan ketulusan,
Melainkan seraut wajah kegembiraan,
Buatmu bernama sahabat.

Semoga kasih kita hingga ke syurga,
Keranamu bernama sahabat,
Sahabat, teman sejati dan sejiwa,
Hingga kita bersama-sama hidup di Syurga.



 

Thursday, June 16, 2011

DEBARAN BERAKHIR

Alhamdulillah dh grad..lepas ni tiada lg debaran camni..memandangkan ni sem terakhir aku sanggup tunggu dpn lappy nk tgk email..asik refresh je start dr kul 0000..akhrnye kul 1:43 am br ada..cuak gak nk cek time tuh..ada skt rase kecewa  n sdh coz trn tp aku still bersyukur coz masih lg first class..alhmdulillah..harapan mak ayh n family aku tertunai..ni hadiah utk diorng time aku convo nti..


p/s : congrats to all my fren for the last result
Match : KELANTAN VS SELANGOR (SEPARUH AKHIR FA CUP)
Lokasi : Stadium Sultan Mohamad IV
Tarikh : 16.05.2011                    


ni tket separuh akhir, so harganye pun mhl la skt 15 ya tp sbb bli kt 'ulat' jd 18 ya..

tgh beratur nk msk stadium..tiga2 match aku msk gate ni, gate F

ruang plg ats dlm stadium..ni sblm perlawanan, abe2 lepak dl..cop tmpt la tu..

tetap rmai wlaupun ada live kt astro..

sblm perlwnn kene nyanyi lg negaraku n lg kelate dl..tp kami kn ank jati phg mane tau lg negeri kelate..org lain nyanyi kami sibuk ambk gmbr..haha

pemain kelantan diberikn taklimat sblm match

hbs match, penonton x dbenarkn blk lg coz akn ada balingan percuma bola n jersi dr pemain..tp kami x bernsb baik..huhu



ni la utras the red mania..terbaik la..time ni la br aku dgr ape yg diorng nyanyi..haha..mmg best..

penyokong selangor pun join tau..so terbukti la xde provokasi di antara penyokong2 negeri lain..

mmg kteorng tggu smpi ultras hbs perform..puas hati rase dpt tgk diorng perform dpn2..

pemain2 blk ke hotel menaiki bus makan angin..seme muke gumbira..hehe

tamat perlawanan kelantan mng dgn agregate 6-2


Story of the match:

Huhu x sangka plak time entry ni ditulis dh ckp sebulan rupenye last aku msk stadium..rase cam br je..adakah ini kali terakhir? Mmm xtaula..lgpun time tuh kali terakhir aku berada di kb sebagai student..sedih plak rase..harap ada lg peluang aku msk stadium keramat ni nti..xpe, aku sanggup trn kb semata2 nk tgk the red warriors lwn..lgpun dh keje, blh la nk trn kb n insyaAllah aku nk bli tket astaka plak..hehe..nk merasa cane perasaan duk kt situ..sblm ni asik bli kt tmpt terbuka je..duk pun kt belah bwh, terhalang dgn besi2 pagar..tp xpe, semangat utk menyokong tetap ada..Mlm tu mmg best la sbb hbs match kami g join ultras..haha xde la join btl2 tp kami berada dkt dgn diorng..seronok sgt tgk kemeriahan dan semangat yg ditunjukkan ultras..Kali ni pun blk dgn puas hati dan gembira..alhamdulillah tiga kali aku msk stadium, tiga2 match kelate mng..berkat sokongan aku kot..haha..xdela..TAHNIAH THE RED WARRIORS!!

p/s: x sabar nk wat next entry pasal ni..harap ada lg peluang msk SSMIV..


PREVIEW SSM IV - 2nd Entry

Match : KELANTAN VS PERLIS
Lokasi: Stadium Sultan Mohamad ke IV
Tarikh: 2.04.2011

GOMO KELATE GOMO!!






ruang ksg di ats adlh utk gmbr tket..terlupe nk ambk aritu..tp xpe..aku still smpn tket 2..will upload later..haha



 pemain perlis msk pdg utk berlatih..

 aku n syikin bergmbr smtra tggu 2nd half

 ni zaki n kwn die..xtau sape nama..x sempat nk berkenalan..haha

 2nd time ni brtkr partner..haha..en abe (xtau name), zaki, aku n syikin

 ni dh hbs match dh tp kami xnk blk lg..nk bergmbr dl puas2..haha

 gambaran drpd atas..suasana slps perlawanan

boria ke ape ni..hahaha..yg pntng semangat TRW tu mesti ada

 tgk..kami tggu smpi stadium ksg..semata2 nk ambk gmbr tmpt 'apex' jaga pintu gol..

ni btl2 msk dlm pdg..best r..

kelate mng 4-0..congrats!

Story of the match..

Ok..1st entry td aku lupe nk mention yg sbnrnye aku ni ank jati phg tp peminat setia the red warriors..haha tu yg penting..Mmm..aku x sangka sbnrnye akn msk stadium kali ke 2 dlm masa terdekat..ingatkn aritu 1st n last..tp dh rezeki, msk je la..hehe..lgpun ada geng, so aku on je la..aku pantang diajak..haha..lgpun ada bodyguard, klu xde pk 2 kali gak nk msk..yela..pompuan kot..bahaya gak..time ni pun best sbb kelate mng lg..alhmdulillah..So, kami pun pulang dgn hati yg gumbira lg setelah puas bergmbr smpi msk pdg..Huh mmg x prnh mimpi nk jejakkan kaki dlm padang keramat tu..ape2 pun PUAS HATI..=)

p/s : wait for the next entry ~ 3rd time at SSM IV

PREVIEW SSM IV - 1st Entry

Dulu salah satu impian aku ialah nk tgk bola live dr stadium..x sangka dh tercapai..dan yg plg best dh 3 kali aku msk stadium dan stadium keramat itu adalah Stadium Sultan Mohamad Ke IV Kota Bharu Kelantan..Jom aku nk imbas kembali kenangan2 aku dlm stadium..


KERANAMU THE RED WARRIORS!!

1st : Felda United Vs Kelantan (FA Cup) - 19.03.2011                                                                            


     Excited gle rase time ni 1st time dpt pegang tiket..


Ni la 4 org gadis the red warriors..dari kiri Aku, shida, syikin n umi..dan ada lg 1 sbnrnye merangkap bodyguard kami..hehe..nama die sepul..


Suasana di perkarangan SSMIV..beraturpanjang nk msk stadium

barisan pemain msk padang berlatih sblm perlawanan bermula


seronok melihat gelagat para pemain...haaa..yg pakai cap n berbaju htm tu la bodyguard kami..yg xleh blah nye mamat sblh sepul tu frust dgn kedatangan sepul..br je nk ngorat shida..tup tup sepul dtg..hahaha

ni la yg aku rase proud sgt dgn penyokong2 kelate..tgk, penuh stadium tu..sentiasa memberikn sokongan..thumbs up to them..

Keputusan perlawanan berpihak kpd kelate..3-0..gomo kelate gomo


Story of the match....

First sekali yg aku nk cakap puas hati...seriously, seronok gle rase dpt tgk live kt stadium..yela..mane taknye impian dh tercapai..aku ingatkn aritu, aku kawin br blh g tgk kt stadium, nk ajak husband..hahaha berangan..tp terlebih awl la plak..cam x percaya pun ada gak..thanks to kwn2 ku yg sudi menonton bersama..mula2 aku melangkah kaki msk ke stadium, xtau nk gmbrkn cane..fuhhh mmg berdiri bulu roma ku..nk tau kenape, sbb yg aku nmpk ibarat semut2 merah..rmai gle..pastu dgr plak Ultras menyanyi tanpa henti utk memberi skngan kepada pemain..plg best sama2 wat ombak n sebut ramai2 GOL GOL GOL..waaaaa..cayelah penyokong2..bergema 1 stadium..lg sekali thumbs up..=) aku n kwn2 mmg excited la bersorak n alhamdulillah kelate mng..kami blk dgn hati yg gembira..hahaha..TAHNIAH THE RED WARRIORS..

P/s: 2nd time masuk stadium will be continue in the next entry..=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...