Jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih, Ada awal tiada penghujung, Dibentuk untuk mengingatiNYA, Dicantum kerana cintaNYA, Diratib kerana rehdaNYA, Menitis air mata tika merasai kemanisannya, Semoga jalinan kekal dan dirahmatiNYA. "Dalam kehidupan ada ceritanya dan dalam cerita ada pandangannya yang tersendiri"
Ini br btl2 demam bola..hehe..nk tau nape..tp ni bkn demam disebabkn tgk bola..ni baik demam sbb tgk bola..haaa..hebat x penangan bola sepak..ni seme gara2 kelate mng 3-0 smlm..hehe..sbnrnye blk keje smlm aku demam, mmg panas la badan..dlm hati terpk gak xleh la aku nk tgk the red warriors lwn mlm ni..lps je isya' aku trus baring, konon nk tdo trus la..tp xleh..aku teringat plak kt bola..so..ape lg aku pun bukak la lptop tgk kt tenet smbl baring..sanggup tu..demam2 pun nk tgk..haha..inilah semangat yg kt mau..x gtu..hehe..actually, aku ni bkn asal kelate pun tp xtau la dh jd fanatik dengan team The Red Warriors..mayb sbb aku prnh duk sana setahun lbh..sungguh bermakna life kt sana..rindu sgt rase..kire mcm kelate dh sebati dlm hidup aku..huhu..Opps..lupe plak nk cite cane aku blh baik demam tu..hehe..masa separu masa kedua tu kn kelate sumbat gol, pastu aku trus jd semangat, then kelate score lg, aku jd excited..sedar x sedar, aku rase cam dh hilang je lenguh2 badan n panas pun kurang..hahaha..kelakar plak..tp tu seme kuasa Allah gak..bg aku cpt sembuh..alhmdllh..klu aku melarat demam, mmg lama la jwbnye..aku bangga jd salah seorng penyokong TRW..TRW mmg the best la..bangga dengan penyokong2 kelate gak..setiap kali kelate lawan, mest mmg happening la bg support..mcm ni la yg kte mau..semalam pun mayb salah satu sbb kelate mng coz sokongan dr penyokong yg begitu bersemangat..so..automatik la pemain2 kelate jd semangat utk belasah negeri sembilan..hehe..lps ni phg lwn kelate..aku rase cam aku akn skg kelate je ..haha..klu sultan pahang tau ni..kene buang negeri la jwbnye..hehe..ampunkan patik tuanku..ambo akn trus skg TRW..tp malangnye..aku dh x duk kt kb skrng..dpt skg dr jauh je..tgk bola pun sorang2..huhu..klu ada kt kb lg, blh aku g tgk kt stadium dengan syikin n kwn2 ku yg nk join..hehe..sbnrnye..aku teringin sgt nk tgk kt bola secara live kt stadium..dh lm mengidam..huhu..tp x kesampaian..xde org pun nk bwk..huhu..xpe la..nti dh kawin, nk suh husband aku bwk..haha..tp yg penting bakal husband aku tue mestila gle bola gak..klu aku je yg mnt, watpe..hehe..nk tgk live kelate lwn..harap2 masa tu team TRW trus bersinar..coz rasenye lmbt lg kot aku kawin..haha..(xde ore nk ko kito)..
Bukannya pada kebisingan di jalan yang riuh,
Bukannya di tengah teriakan dan sorakan orang ramai,
Melainkan pada diri kita sendirilah terdapatnya "KEMENANGAN DAN KEKALAHAN"
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
actually..xtau nk update pasal ape..klu ikutkan hati nk cite pasal kb lg..hehe..tp mesti org boring kang..xpe..kali ni kte tgk gmbr je tp still kt kb..
Petang itu ku lihat dia tersenyum simpul,mesra seperti selalu disisi pendampingnya yang baru.Aku rindukan senyuman itu,aku rindukan kemesraan itu,ingin saja aku muncul diri di hadapannya,tapi setelah sedar kini bukan yang dulu lagi,ku batalkan segala niat itu.
Argh...Hatiku meronta,merayu agar datang kepadanya,tapi kakiku tak mampu,kerana aku dan dia bukan yang dulu.
Aku memanggu diri di hadapan stesen bas,terdetik rasa terharu dan pilu di hati kala melihat sekumpulan para musliamah melintas jalan menuju stesen bas hadapan.
"Hendak ke bandar agaknya."monologku sendirian.
Teringat aku sewaktu bersama teman-teman seperjuangan dulu.Betapa indahnya ketika itu,sewaktu bersama melakar kenangan dan memori indah yang tetap terpahat dan bersemadi padu dalam sanubari ini. Usai ta'lim masturat yang baru lepas ku hadiri di daerah sandakan ini,aku duduk sendirian di stesen bas ini.Pelbagai ragam yang dapat di lihat di suasana ini.Sementara menunggu bas, aku mengeluarkan examaniton pad bersaiz A4 dan pen yang sentiasa menjadi teman ku dalam perjalanan,dan seperti selalu ku mengambil masa yang tersisa ini untukku coretkan rasa hati agar terus menjadi kenangan abadi untukku dan para teman sekalian.
Salamun'alaiQ,
Temanku sekelian, Sekian lama telah ku nanti saat ini, Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,
Teman, ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini, Namun sering kali ku terbenam dalam kekalutan dan keresahan kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,
Teman, Harapanku agar kau bahagia selalu, doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,
Temanku, maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu, Dalam mencari bening-bening taQwa, Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,
Temanku, Ketahuilah,aku masih setia disini, Menanti ... Dan menunggu saat dan waktu untuk bersama kita tarbiyah dan fahami erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,
Pintaku, Teruskan perjuangan, Jangan sesakali kau berhenti, IstiQamahlah dan tegarlah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.
Akhirnya, Saat yang ku pasti nanti tiba jua, Walaupun kini tak seindah dulu, tapi ku bersyukur, kerana penghujungnya,impian dan mimpiku menjadi kenyataan dan ketahuilah, keyakinanku tak pernah pudar..
Salam ukhwahfillah buatmu temanku,
Gerakkan langkahmu bersama, Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini.
"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."
Muslimah sepi, Fatin Syuhadah...
Menitis air mataku mengenang segala yang pernah ku lalui.Aku merinduimu sahabatku.Harapan dan doaku agar dia hadir lagi bersama melakar semangat yang baru mencapai impian dan matlamat kehidupan seorang insan.Aku melipat kemas coretan itu,mendamba seseorang yang boleh aku kongsikan luahan ini.Hati terus memohon agar dia hadir lagi.Inginku buang jauh kenangan pahit itu jauh dari lubuk sanubari, walaupun belum pasti,tapi tidak ku simpan rasa ini lagi agar dapatku layari kehidupan ini dengan misi dan mimpi impian suci.Moga bertemu Redha Ilahi.
"AssalamualaiQaum wbt" sapa lembut seseorang di hadapanku.
"Waalakumsalam wbt..." jawabku perlahan,lamaku merenungnya,seakan tak percaya,Hurul Iman kini di hadapanku..
Sekian lama ku menanti akhirnya tiba jua saat ini,aku bangun dan dia lantas menghampiri,menyeka air mataku yang tumpah,mencium dan memeluku seperti dahulu. Bas tiba dan kami pulang bersama,aku menghadiahkannya coretan yang baru siap aku tuliskan tadi.
"Dulu,kini dan selamanya".
Bicaranya disulami senyuman penuh makna menggenggam erat jemariku di saat aku memberinya coretan itu.
"Walau tak seindah dahulu,biarlah kali ini lakaran yang lebih bererti terlukis di salam coretan hidup ini,kerana kali ini tidak seperti yang dulu lagi",.
Itulah rutinku yang selalu dahulu dan masih kekal hingga kini yang masih diingatinya.
"Alhamdulilah,Syukran Ya Allah....moga ukhwah ini kekal selamanya...". monolog hatiku berharapan...
Rase cam br je bersama syg2 aku kt kb kelmarin n semalam..tp arini diorng dh xde..terpaksa berpisah sekali lg..aku x suke PERPISAHAN..amat menyakitakan tp perlu ditelan..arini aku dh mula rindu saat2 kteorng bersama time kt kb even 2 ari je tp amat bermakna bg aku..sejak praktikal, ni la saat2 yg aku tggu utk jmp sahabat2 aku semula dan time kt kb br ni gak la 1st time aku rase hepi semenjak praktikal..tp perasaan tu sekejap je dpt aku rase..arini dh kembali semula perasaan aku yg bercampur2..rindu, sedih, tension, stress...Mmm..aku dh mula rase rindu dgn syg2 aku..klu ikutkan hati aku mmg xnk blk..nk stay terus kt kb..ntahla..smpi mcm ni sekali penangan kb..aku rase cam syg sgt nk tgglkn kb..sbb tu la org ckp jgn terlalu benci nti syg..Mula2 masa dpt offer further degree kt kelantan, aku x suke sgt..rase cam nk tkr kampus je..tp..tgkla ape yg aku rase arini..huhuhu..sedih..Ya Allah..blh ke kami seme kembali seperti dl..Mmm..x mungkin kn coz kami sendiri yg pilih jalan ni..Aku kesian kt makcik..nmpk sgt mkcik syg kteorng..semalam time nk berpisah, aku nmpk mkck menahan tangisan..jelas berlenang air mata..tp apakan daya..ni seme realiti..Rase bersalah pun ada kt makcik coz kami x stay kt kb utk praktikal..klu la masa blh berundur, aku akn plh utk praktikal kt kb..
Ape2 pun 2 ari aku kt kb, dh blh wat aku lpskn rindu terutama kt sahabat2 ku..rumah kesayangan kami..Wisma Zainal..byk sgt kenangan kt rumah tu..ble msk umah tu, rase sedih..Mmm..tibe2 teringat plak ape yg kwn aku ckp, klu rase rindu kak t...sy pkai la selipar tu, nk dgr kak t jalan..sedihnye ble dgr camtu..terharu pun ada..membuatkan aku rase nk stay je kt situ..tp mengenangkn tnggungjwb as a practical stdnt blm hbs lg..terpaksa la blk tanpa rela..huhu..ble la status as practical stdnt akn berakhir..? aku x sanggup dh..
2 ari kami kt sana amat bermakna..aku sblhnye hbskn masa bersama dgn sahabat2 ku..kt sana aku dpt jmp seme 'adik beradik' kteorng termsk la bdk2 laki bekas penghuni wisma zainal gak..Ntah la..aku dpt rase selama kteorng kt sana..terasa dh mcm adk beradik..sama2 susah sama2 senang..sbb tu ble berpisah, terasa sgt kesedihan tu..ape2 pun thanks to syg2 ku coz dpt hbskn masa bersama kt kb walaupun sekejap..nti kte jmp lg..
Mmm..lamanye x update blog..semenye sbb keje..bz sgt smpi x sempat nk update..sejak praktikal..arini la yg aku rase plg hepi..sbb aku dh ada kt kb skrng..sukenye dpt jmp kawan2 semula..wisma zainal kesayangan kami..kb mall..ahhhh...rindunye kb life..smlm dlm bus aku nmpk je signborad kota bharu terus jd excited..nk tdo pun x jd..serius hati aku rase lain sgt ble dh smpi sini..rase sonok je..aku rase mmg tempat aku kt sini je..aku nk duk sini trus leh x ..nk bersama kwn2 aku cam dl..tp semenye telah berakhir..aku gak yang silap wat kptsn nk praktikal kt luar klntan..skrng mula la menyesal..rase senang hati sgt duk kt kb..semenye berjalan lancar..tp skrng ni..ntahla..xtau nk ckp cane..sedih..lagi plak praktikal aku x best..rase jeles plak tgk kwn2 aku enjoy praktikal diorng..xpela tu mayb rezeki diorng n hikmah utk aku..ape pun yg berlaku lps ni aku kene jd kuat..aku xleh lemah even ake kene marah ke..kene perli ke..kene kacau ngan........Mmm..ntahla..byk sgt mslh aku time praktikal ni..aku x tahan..ari2 aku akan tggu tarikh 15 april (tarikh last praktikal)..
Dh2..mls la nk cite sal praktikal lg..sedih..arini aku nk enjoy ngan kawan2 aku..nk berborak2 ngan diorng hbs hbsn..nk g jalan2..hehe..Ya Allah klu la ada lg rezeki kami seme bersama, Kau permudahkanlah..nk kembali cam dl..klu duk kt kb pun lg bgs..Aminn..
p/s: Thanks a lot to my lovely fren..~ shida, aini, cuya, dina, dikyuz, zue..
Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy hrp kite blh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sycuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jga aurat leklok..jgn bg org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awk,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy x hak pun..sy tau sy pcaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dr jauh je ek.Tp sy rsa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape sy dlm hati awk?
6. Wak wak..dr kwn kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rsa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, syg lah segalanya utk bi, syg la pmberi smangat utk bi... yang.. bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan mbuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kanjga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special utk abg yg pkai tudung td 2.. Cntk nye syg..gmbr ni nk wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check blk dgn doktor... xkan skali buat dh mgandung, check blk k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kbaikan kita berdua, lbh baik syg gugurkn kandungan tu.. gugurkn k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yg masih xbernyawa.....gugurka\n jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sgt ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankn syg ke klinik tu, abg malu klu tserempak dgn family or mmber, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg bsr tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cri sendiri la duit nak gugurkn anak tu.. bukan mslh aku.. lantak kau la... bukan mslh aku jgak kuarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cntik sgt?? aku dh xingin kat kau!! p.. mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...
27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..
ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...